Siasatan kes bumbung stadium di Gong Badak, Terengganu selesai - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Pengarah SPRM Terengganu Ahmad Saberi Hussin berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.
"Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya,” kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini semalam.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.
Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ahmad berkata SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu. -Bernama
Pengarah SPRM Terengganu Ahmad Saberi Hussin berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut."Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya,” kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini semalam.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.
Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ahmad berkata SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu. -Bernama
WarkahDaily - Bilalah nak baiki balik stadium tu? Siasat pun baru selesai. Tu pun tak tahu bila lagi nak buat pendakwaan. Jangan nanti stadium tu jadi gajah putih dah ler.
Cuba kalau di negeri Pakatan Rakyat, mahunya terus didakwa. Hari ini runtuh, esok dakwa. Tapi kejadian tu berlaku di negeri bawah pemerintah Barisan Nasional, projek pun Barisan Nasional yang buat.
Post a Comment