Header Ads

Penerbit NTV7 letak jawatan atas desakan Rosmah? Umno-BN jadi bacul!

Penerbit Berita dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana nvt7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Joshua Wong (Gambar kiri) yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor's Time (bahasa Cina), merasakan kebebasannya tercabul apabila menerima arahan "3 Jangan".

Arahan "3 Jangan" ini adalah seperti yang berikut;

“Jangan membincangkan isu politik, jangan mengundang panelis dari pembangkang dan jangan membincangkan isu PRK Hulu Selangor,” kata laman web merdeka review.

Rancangan Editor's Time yang hanya dimulakan baru-baru ini terpaksa ditarik balik dan menggugurkan isu politik, lantaran daripada tekanan politik yang dihadapi.

Penerbitnya, Joshua Wong mengambil keputusan meletak jawatan pada 20 April lalu untuk mempertahankan prinsip kebebasan media. -EraPakatan

WarkahDaily - Umno-BN dah jadi dayus-sedayusnya. Mereka ini dilihat takut kepada bayang mereka sendiri.

Tak salah jika WarkahDaily kata, Umno-BN memang pengecut. Pengecut nak berhadapan dengan pembangkang. Ini menambahkan lagi bukti, Umno-BN tiada hujah untuk berhadapan dengan pembangkang kerana Umno-BN dipenuhi dengan kebejatan dan penyalahgunaan kuasa.

Sekarang kita boleh menilai, di tahap mana pemikiran politik Umno-BN sehingga boleh bertidak seperti kebudak-budakan.

Umno-BN hanya berani 'berkokok' sorang-sorang. Jika ada pembangkang sekali, terkencinglah jawabnya. Bukti ada depan mata, keluar arahan tidak boleh mengundang panelis pembangkang. Bacul!

Dikuasakan oleh Blogger.