Menteri India bermaruah letak jawatan bila dituduh rasuah, bagaimana di Malaysia?
NEW DELHI: Seorang menteri India, Shashi Tharoor meletak jawatan kelmarin berhubung dakwaan rasuah dalam liga kriket India.Tharoor, 54, juga bekas diplomat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh dan Presiden Pratibha Patil pada lewat malam kelmarin.
Pada pilihan raya Mei lalu, beliau memenangi kerusi di negeri Kerala, selatan India.
Tekanan supaya beliau meletak jawatan bermula seminggu lalu selepas laporan berita menyiarkan pendedahan teman wanitanya yang mengaku diberikan saham percuma dalam kumpulan Rendezvous Sports World (RSW), francais baru dalam Liga Perdana India (IPL).
Parti-parti pembangkang mendakwa saham AS$15 juta (RM48 juta) digunakan Tharoor secara rahsia untuk menempatkan francais itu bersama syarikat yang membeli pasukan kriket, Kochi.
Perjanjian tersebut didedahkan oleh Pengerusi IPL, Lalit Modi melalui laman web jaringan sosial, Twitter secara terperinci.
Tharoor menafikan sebarang salah laku dan menegaskan beliau sekadar membantu bidaan pasukan Kochi. -SH
WarkahDaily - Begitulah 'gentleman' tindakan seorang pemimpin yang bermaruah apabila merasakan dirinya diselubungi dengan kebejatan. Walaupun belum lagi didapati bersalah, bahkan baru sahaja dituduh, tetapi dengan perasaan tanggungjawab yang ada dalam diri mereka ini, sanggup melepaskan jawatan sebagai menteri.
Senario ini biasa berlaku di luar negara yang mengamalkan prinsip bersih dalam pentadbiran. Itulah profesionalnya seorang pemimpin.
Bagaimana pula di negara kita? Pernahkah kita mendengar seorang pemimpin yang dituduh rasuah atau sememang didapati bersalah dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa meletakkan jawatan mereka bagi penyelesaian masalah kebejatan itu?
Sehingga hari ini di negara kita, mereka yang terpalit dengan masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan masalah moral bukan sahaja tidak mahu meletakkan jawatan mereka, bahkan mereka ini akan diangkat lagi tinggi.
Bagaimana seorang yang bermasalah dengan moral boleh diangkat menjadi presiden sesebuah parti. Bukan itu sahaja, yang terlibat dengan rasuah (istilah Umno-BN, politik wang) pula diberi tempat yang tinggi dalama parti, sehinggakan boleh menjadi menteri atau wakil rakyat.
Itulah bezanya negara jakun dengan negara bermaruah.
Post a Comment