Israel mengancam lancarkan operasi besar- besaran ke atas Gaza
BAITULMAKDIS: Israel semalam mengancam akan melancarkan operasi besar- besaran ke atas Jaluran Gaza selepas sejumlah serangan udara Israel mencederakan tiga kanak-kanak Palestin, sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas.(Gambar kanan, KESAN SERANGAN: Rakyat Palestin semalam memeriksa kerosakan di sebuah tapak yang dibedil pesawat Isarel dalam satu serangan malam kelmarin di bandar Gaza. -Foto AP)
Timbalan Perdana Menteri Israel, Encik Silvan Shalom, memberi amaran tentera Israel akan melancarkan serangan baru tidak lama lagi ke atas Jaluran Gaza kecuali serangan roket dihentikan.
"Jika serangan roket ke atas Israel tidak berhenti, kami terpaksa meningkatkan tindakan terhadap Hamas," kata Encik Shalom.
"Kami tidak akan biarkan kanak-kanak yang ketakutan dibesarkan dalam kubu perlindungan bom. Jadi, pada akhirnya kami terpaksa melancarkan satu lagi operasi ketenteraan," tegasnya.
Tiga kanak-kanak Palestin berusia dua, empat dan 11 tahun terkena serpihan kaca dalam satu daripada enam serangan udara Israel malam kelmarin, kata ketua perkhidmatan kecemasan Palestin di Gaza, Encik Moawiya Hassanein.
Tiga serangan udara Israel membedil sasaran dekat Khan Yunis, di selatan Gaza. Dua peluru berpandu mengenai pos kawalan Briged Ezzedine Al-Qassam, manakala serangan keempat memusnahkan sebuah bengkel di kem pelarian Nusseirat, di tengah Gaza.
Satu lagi serangan memusnahkan sebuah kilang tenusu di barat bandar Gaza. Namun sejauh ini, tiada laporan korban jiwa.
Pemimpin Hamas di Jaluran Gaza, Encik Ismail Haniya, mempersalahkan Israel di atas ketegangan sekarang.
"Kami menyeru masya- rakat antarabangsa supaya menghentikan serangan dan pencerobohan Israel," kata Encik Haniya.
Britain semalam menyua- rakan kebimbangan di atas serangan besar Israel di Jaluran Gaza dan serangan roket ke atas Israel dan menggesa semua pihak agar mengawal keadaan. Krisis terbaru ini menjejas usaha damai Timur Tengah yang diikhtiarkan Amerika Syarikat.
Serangan udara itu dilancarkan selepas sebutir roket yang dilepaskan militan Palestin mengenai bandar Ashkelon di selatan Israel, lewat Khamis lalu tetapi tiada sebarang korban jiwa.
Perdana Menteri Palestin, Encik Salam Fayyad, semalam meramalkan negara Palestin yang merdeka akan diwujudkan menjelang Ogos 2011 menerusi 'fakta positif di atas tanah'.
"Masanya akan tiba apabila negara kami lahir. Kami menjangka sekitar 2011," tegas beliau. -Agensi
WarkahDaily - Mari kita sama-sama bantu saudara kita di Palestin dengan seberapa usaha yang kita boleh demi Islam. Sekurang-kurangnya, mari kita menadah tangan berdoa kepada Allah demi keselamatan umat Islam di Palestin dan diberi kehancuran kepada Zionis Israel laknatullah.
Post a Comment