Header Ads

Gambar bersama perempuan seksi dan botol arak: Khairi tak buat penafian?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya langsung tidak menafikan mengenai sekeping gambar di internet yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali bersama dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

(Tengah meeting pasal pasukan bolanya, MyTeam kot)

Ketika media bertanyakan mengenai gambar tersebut Khairy cuba untuk mengelak dan bertanya kembali kepada media adakah dia sedang minum dalam gambar itu.

"Hingga ke akhirnya itulah jawapan yang diulang-ulang," kata Pimpinan Pemuda Pas, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

(Teropong dekat sikit. Yang pakaian tak cukup tu secretary peribadi kot. Nak meeting kena ada secretary)

Menurut Herman, Khairy langsung tidak menafikan bahawa orang yang berada dalam gambar itu bukanlah dirinya.

"Ini bermakna dia dengan sendirinya seolah-olah telah berikan jawapan kepada semua yang melihat gambar itu bahawa gambar yang disiarkan itu adalah gambar Khairy yang sebenarnya," jelas Herman.

(Teropong lagi dekat. Siap ada 'jamuan ringan' sambil meeting bola. Jus oren ke air sirap?Tengok kuning tu cam oren atau teh O je)

Semalam, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu. -EraPakatan

WarkahDaily - Kalau dah tak nafikan, apa nak lagi. Kalau kita tahu orang tuduh kita benda yang boleh jatuhkan maruah kita, kita kena nafikannya kecuali kita memang buat benda yang dituduh.

Kalau tak buat, nafikan aje, senang, nanti takdak pulak orang nak buat persepsi. Tapi kalau tuan punya badan tak mahu nafikan dan asyik nak lari dari 'tajuk asal', faham-faham sendirilah labu!

Dikuasakan oleh Blogger.