Skuad negara B-21 tewas buat kali kedua di Slovakia
SKUAD bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan tewas 0-2 kepada Ruzomberok B pada perlawanan kedua Liga Divisyen Dua Slovakia, Liga I yang berlangsung di Zlate Moravce, Slovakia kelmarin.Minggu lalu anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu juga tewas 1-4 kepada Slovan Duslo Sala di gelanggang lawan pada aksi sulung mereka dalam saingan liga tersebut.
Namun, mereka telah mempamerkan peningkatan apabila berjaya mengikat skuad simpanan MSK Zilina 2-2 pada aksi persahabatan dengan kelab yang pasukan utama mereka beraksi dalam Liga Divisyen Satu Slovakia, Liga Corgon.
Pertemuan dengan Ruzomberok B di tempat sendiri iaitu Stadium FC Vion kelmarin menyaksikan gawang skuad B-21 negara yang dikawal Zamir Selamat bocor pada minit ke-41 hasil sepakan sudut pasukan lawan dan gol pada minit ke-66 pula berpunca daripada hantaran lintang.
Namun, pemain-pemain muda negara tetap memberikan saingan sengit kepada Ruzombe rok B terutama pada aksi separuh masa ke- dua.
Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-78 tetapi tandukan Izzaq Faris Ramlan yang menerima hantaran lintang Fandi Othman ter- sasar biarpun dia tidak dicabar lawan.
Skuad B-21 negara akan bertemu FK Michalovce pada aksi ketiga Liga I pada Sabtu ini.
Namun, semalam mereka sempat mengadakan satu perlawanan persahabatan bertemu FK Topolocany yang beraksi dalam Liga Divisyen Tiga Slovakia, Liga II bagi memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak diturunkan ketika bertemu Ruzomberok B untuk beraksi. -kosmo
Post a Comment