Seks luar nikah: bukan hanya murid, guru pun terlibat
GEJALA ‘anak haram’ akibat seks luar nikah semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah di Sandakan terutama di kalangan pelajar sekolah menengah yang melibatkan golongan Melayu atau bumiputera; sebagai konotasi daripada Skandal Seks pelajar Sekolah Menengah St Mary dan Sekolah Menengah Sung Siew Sandakan.Dalam kejadian terbaru, seorang pelajar sekolah tingkatan lima SMK Merpati Sandakan telah melahirkan anak perempuan luar nikah di Hospital Duchess of Kent, Sandakan petang kelmarin.
Mengikut maklumat yang diterima daripada kakitangan Hospital Duchess of Kent, pelajar berkenaan mempunyai skandal dengan beberapa pelajar dan guru sekolah terbabit dan tidak ada pihak yang mahu bertanggung jawab di atas perbuatan mereka sehingga pelajar berkenaan melahirkan anak di hospital tersebut setelah percubaannya menggugurkan anak gagal.
Kes pelajar ini mengulangi kes dua pelajar dua buah sekolah menengah di Sandakan yang melahirkan anak luar nikah tahun lalu sebaik sahaja menduduki peperiksaan SPM namun dua sekolah berkenaan masih dibelum dikenalpasti kerana wad bersalin tidak mencatatkan nama sekolah sebaliknya hanya alamat rumah pelajar berkenaan iaitu di Kampung Tinosa dan Kampung Berhala. -sabahkini
WarkahDaily - Bagaimana kita ingin wariskan tampuk kepimpinan negara kita ini kepada generasi akan datang jika sekiranya gejala maksiat dan keruntuhan moral berlaku secara berleluasa tanpa dicegah dari sekarang.
Bukan sahaja muda-mudi, bahkan orang yang dianggap 'pembentuk' anak bangsa juga terlibat sama. Guru sepatutnya menjadi pelindung murid tetapi 'harapkan pagar, pagar makan padi'.
Apa pihak berwajib buat? Mana penting, halang ceramah atau program penerangan pembangkang terhadap rakyat atau banteras gejala sosial yang begitu teruk melanda muda-mudi sekarang?
Hasil kerakusan dan ketamakan kuasa, hingga mengabaikan tanggungjawab membina negara bangsa.
Apa pula tindakan kerajaan terhadap isu ini? jangan hanya siang malam melaung-laungkan pembangunan dan kemajuan tetapi bakal pewaris bangsa akan datang ntah kemana rosaknya. Sibuk bina pencakar langit, kumpul kekayaan anak-beranak, tapi tugas sebenar kerajaan sebagai pelindung dan pebela rakyat tidak diendahkan.
Itulah wajah sebenar pemimpin negara kita. Sibuk mengumpul kekayaan tanpa memikirkan hal-hal rakyat.
Bagi mereka, rakyat dilihat apabila tibanya pilihanraya. Selepas tamat pilihanraya, rakyat dibiarkan.
Post a Comment