Header Ads

Seks bebas: Apa hendak jadi dengan remaja sekarang?

Melakukan seks lebih 20 kali? Bukan suami-isteri tetapi sepasang kekasih yang belum berkahwin.

Hari ini, sebuah akhbar harian online melaporkan seorang remaja perempuan yang berumur 15 tahun telah melakukan hubungan seks (berzina) dengan teman lelakinya secara sukarela lebih 20 kali.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, Hulu Terengganu, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Tetapi selepas siasatan awal dibuat pihak polis, didapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali dengan teman lelakinya itu. Perbuatan itu mengakibatkan remaja berkenaan telah mengandung selam 3 bulan.

WDO - Mutakhir ini, berita zina, buang anak dan bersekedudukan antara bukan mahram makin menjadi-jadi. Seolah-olah ianya menjadi satu trend para remaja sekarang bersosial. Tidak terlepas juga yang terlibat dengan pergambaran lucah melalui telefon bimbit berkamera, remaja kita yang bakal mewarisi 'tahta' pimpinan negara sudah menjadi sebegitu rupa.

Siapa yang harus dipersalahkan tentang perkara ini haruslah difikirkan supaya gejala yang boleh merosakkan tamadun manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah dapat dibendung dengan segera.

Hiburan tanpa sempadan yang tidak disekat atau dikurangkan mengakibatkan keruntuhan moral di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Kita hanya sibuk memberi perhatian kepada perkara yang terkesan pada diri kita sahaja.

Sekatan hanya dilakukan terhadap penentang kita, tetapi terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan anak bangsa tidak dipedulikan.

Laman pro-pembangkang disekat sebegitu rupa, media yang berhaluan pembangkang disekat dan dihalang dengan pelbagai akta. Namun penularan laman-laman lucah, porno tidak pula disekat.

Media-media hiburan yang memaparkan aksi-aksi lucah dibiarkan berleluasa. Asalkan tidak menggangu kebejatan yang berlaku dalam kerajaan.
Dikuasakan oleh Blogger.