Cakap tak serupa bikin, masih utamakan pekerja asing dari tempatan
KETENGAH JAYA: Kontraktor projek pembinaan Balai Polis Ketengah Jaya, di sini bernilai RM10 juta, didakwa enggan menerima penduduk tempatan, termasuk pekerja berpengalaman bekerja sebagai buruh binaan, sebaliknya mengutamakan penggunaan pekerja asing.
Malah, kontraktor projek pembinaan yang bermula akhir tahun lalu itu dikatakan akan menambah lebih ramai lagi pekerja asing berikutan jumlah pekerja sedia ada tidak mencukupi.
Penduduk, Husin Mahmud, 43, berkata, beliau sudah beberapa kali memohon untuk bekerja di tapak binaan balai polis itu, tetapi kesal dengan jawapan yang diberikan.
Katanya, kontraktor terbabit memberi alasan pekerja sudah mencukupi, sedangkan pekerja asing semakin ramai diambil bekerja.
(Buruh asing masih lagi diutamakan dari tenaga tempatan walaupun diwar-warkan, rakyat diutamakan - Gambar hiasan)
“Apa kurangnya kami berbanding pekerja asing. Kami mempunyai berpengalaman bertahun-tahun bekerja sebagai buruh binaan, tetapi tidak dapat menikmati faedah projek pembinaan itu berikutan majikan menolak permohonan kami,” katanya yang kecewa dengan sikap kontraktor terbabit setelah beberapa kali memohon untuk bekerja di tapak projek itu ditolak.
Hashim Abd Rahman, 44, pula berkata pada mulanya penduduk di sini gembira dengan pembinaan balai polis itu yang bermula akhir tahun lalu dan mereka menaruh harapan untuk bekerja sebagai buruh binaan di tapak projek berkenaan.
Bagaimanapun, katanya harapan itu berkecai apabila penduduk kampung tidak ditawar untuk turut bekerja, malah menolak permohonan yang dikemukakan.
"Kami terpaksa ‘berputih mata’ dan melihat ramai pekerja asing dibawa masuk bekerja di tapak pembinaan,” katanya yang mempunyai 20 tahun pengalaman bekerja sebagai buruh binaan.
Seorang pekerja warga Indonesia yang enggan namanya disiarkan mendakwa dia sudah bekerja selama tiga bulan di tapak projek pembinaan itu dan dibayar gaji RM28.00 sehari mengikut bilangan hari bekerja.
“Ketika ini ada 29 orang pekerja asing yang bekerja di sini dan majikan dikatakan akan menambah 30 orang lagi pekerja asing kerana pekerja sedia ada sekarang tidak mencukupi," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata, kontraktor perlu memberi keutamaan kepada penduduk tempatan yang mempunyai kepakaran.
"Kontraktor sepatutnya berbincang dengan pemimpin tempatan dan memaklumkan kekosongan yang ada di tapak binaan itu supaya dapat diisi penduduk tempatan," katanya. - BHarian
Malah, kontraktor projek pembinaan yang bermula akhir tahun lalu itu dikatakan akan menambah lebih ramai lagi pekerja asing berikutan jumlah pekerja sedia ada tidak mencukupi.
Penduduk, Husin Mahmud, 43, berkata, beliau sudah beberapa kali memohon untuk bekerja di tapak binaan balai polis itu, tetapi kesal dengan jawapan yang diberikan.
Katanya, kontraktor terbabit memberi alasan pekerja sudah mencukupi, sedangkan pekerja asing semakin ramai diambil bekerja.(Buruh asing masih lagi diutamakan dari tenaga tempatan walaupun diwar-warkan, rakyat diutamakan - Gambar hiasan)

Post a Comment