Rooney ditegur Ferguson kerana 'ghairah'
MANCHESTER, England: Pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, menggesa Wayne Rooney supaya membendung keghairahannya sambil menyatakan bahawa penyerang tersebut tersilap bermain untuk England menentang Mesir.Ferguson tidak tertarik dengan persembahan penyerang utamanya itu dalam penampilan selama 86 minit di Stadium Wembley Rabu lalu - hanya tiga hari selepas beliau mengadu bengkak lutut setelah membantu United memenangi Piala Liga di padang yang sama.
Ferguson menegaskan beliau tidak menyalahkan jurulatih England, Fabio Capello, kerana menurunkan Rooney yang telah menjaringkan 23 gol Liga Perdana musim ini.
Sebaliknya, pengurus veteran Scotland itu melahirkan kekecewaannya terhadap anak buahnya itu kerana mengambil risiko terhadap keadaan lututnya, sedang United menghadapi masa mencabar untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini. - AFP
Post a Comment