Header Ads

Patutlah gemuk, rupa-rupanya pemegang saham judi

Patutlah tak kisah sangat bila 'disepak' Umno sedikit masa dulu dan melompat kesana kemari tanpa pendirian. Rupa-rupa poketnya tebal. Sebabnya, pelik juga WarkahDaily perhatikan, dari mana Brahim dapatkan dana atau duit belanja nak kesana sini, nak berdemo sana-sini, nak pungut suara budak-budak rempit sokong PERKASA lagi, bukan sikit belanja tu.

Hamprak punya orang. Cakap bergegar kononnya pejuang Melayu Islam tulen, pusing belakang, rupa-rupa terpalit tahi judi.

Tengok muka pun dah tahu siapa Brahim katak ni. Pejuang Melayu konon.

Ingat dia tu hebat, pejuang tulen tengkorak dia. Padan muka hang Brahim, sekarang satu dah Malaysia tahu yang hang ada saham judi. Apa hang nak cakap lepas ni ye?Patutlah lompat sana sini takdak pendirian, rupa-rupanya 'tokey' tahi judi.

Selama ini dia ingat orang lain mudah tertipu beliau. Sekarang telur dah pecah.

Laporan malaysiakini, Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

'Katak oh katak, kenapa engkau gemuk? Macamana aku tak gemuk, saham judi naik'
Dikuasakan oleh Blogger.