Pasukan besar, Jerman dan Perancis tewas, England tundukkan juara Afrika
Jerman langsung tidak mempunyai peluang menjaringkan gol melainkan dua percubaan jauh yang mudah ditangkap penjaga gol Argentina, Sergio Romero. Jaringan separuh masa kedua Gonzalo Higuain memberikan Argentina kemenangan 1-0 ke atas Jerman dalam perlawanan dua pasukan Piala Dunia 2010 pagi tadi.
Manakala di Saint Denis, Perancis, David Villa dan Sergio Ramos menjadi peledak Sepanyol untuk menewaskan Perancis dengan 2-0. Gol-gol dijaringkan Sepanyol pada separuh masa pertama.
Sepanyol, antara pasukan pilihan Piala Dunia 2010, menguasai sebahagian besar permainan dan mendapat kemenangan pertama ke atas Perancis dalam tempoh 42 tahun.
( David Villa dan Sergio Ramos meraikan jaringan masing-masing - foto AFP)
Di Stadium Wembley, England pula menewaskan juara Afrika 2010 dengan jaringan 3-1. Zidan meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-23 selepas kesilapan pemain pertahanan Matthew Upson dan England dicaci pada waktu rehat.
Namun, pasukan tuan rumah bangkit dengan kemasukan Crouch dan Michael Carrick pada separuh masa kedua dan Crouch menyamakan kedudukan dengan rembatan berhampiran tiang gol hasil hantaran silang Gareth Barry.
Wright-Phillips merembat masuk bola yang melantun pada minit ke-74 dan Crouch menambah gol kedua hasil hantaran silangg Wright-Phillips lima minit kemudian. - AP, FIFA.com
Lain-lain keputusan persahabatan pasukan Piala Dunia 2010
Jerman 0-1 Argentina
Gol: Gonzalo Higuain 45’
Ivory Coast 0-2 Korea Selatan
Gol: Lee Dong-Gook 4’, Kwak Tae-Hee 90’
Itali 0-0 Cameroon
Perancis 0-2 Sepanyol
Gol: David Villa 21’, Sergio Ramos 45+1’
Belanda 2-1 Amerika Syarikat
Gol: Dirk Kuyt 39’ pen., Klaas Huntelaar 72’; Carlos Bocanegra 88’
England 3-1 Mesir
Gol: Peter Crouch 56’, 80’, Shaun Wright-Phillips 74’; Mohamed Zidan 23’
Portugal 2-0 China
Gol: Hugo Almeida 36', Liedson 90+4'
Manakala di Saint Denis, Perancis, David Villa dan Sergio Ramos menjadi peledak Sepanyol untuk menewaskan Perancis dengan 2-0. Gol-gol dijaringkan Sepanyol pada separuh masa pertama.
Sepanyol, antara pasukan pilihan Piala Dunia 2010, menguasai sebahagian besar permainan dan mendapat kemenangan pertama ke atas Perancis dalam tempoh 42 tahun.( David Villa dan Sergio Ramos meraikan jaringan masing-masing - foto AFP)

Post a Comment