Header Ads

NGO bantah penjualan aksesori seks

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan pelbagai NGO akan bergabung bagi membantah penjualan aksesori seks secara terbuka di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Kita akan kumpulkan NGO untuk menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan. Minggu depan kita akan mulakan (kumpul sokongan),” kata Setiausaha PKPIM Khairul Anuar Musa.

Khairul Anuar diminta mengulas bantahan lanjut persatuan itu setelah menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap premis jualan aksesori seks sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang semalam.

Beliau juga dilaporkan mendakwa premis berkenaan turut menjual pil dan ubatan yang berbahaya dan diragui tahap keselamatannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khairul Anuar berkata penyerahan memorandum tersebut sebahagian daripada kempen membendung masalah sosial di kalangan remaja.

Selain itu, katanya, PKPIM juga mengadakan forum dan ceramah motivasi dengan di untuk pelajar sekolah dan mengedarkan risalah kempen.

"Penjualan alat-alat seks yang boleh didapati secara terbuka akan menggalakkan lagi penzinaan dan masalah pembuangan bayi.

"Ia mendorong berlakunya perhubungan seks, sedangkan dalam agama Islam menegah kita jangan menghampiri zina. Ini (menjual aksesori seks secara terbuka) dikira sebagai menghampiri zina.

"Ia boleh menaikkan ghairah remaja untuk melakukan perkara yang tidak baik," kata Khairul Anuar.

Ditanya sama ada pihaknya turut membantah penjualan produk tersebut kepada golongan bukan Islam, beliau berkata mereka turut menitikberatkan persoalan moral.

Diminta mengemukakan statistik kedai yang didakwa terbabit dengan aktiviti tersebut, beliau bagaimanapun beliau tidak dapat memastikannya buat masa ini.

Setakat ini, tambah Khairul Anuar, pihaknya telah mengenalpasti dua premis penjualan produk tersebut - satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Damansara. -malaysiakini

WDO - Sepatutnya itulah penguatkuasaan yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan dan badan yang bertanggungjawab. Ini tidak, sibuk menyekat program Pakatan Rakyat.

Kerja yang sepatutnya dibuat pula telah diabaikan. Bagi mereka, tidak kisah rakyat rosak, asalkan kuasa mereka selamat. Inilah sebabnya kita perlu tolak parti perosak rakyat ini, iaitu Umno-BN.

Dikuasakan oleh Blogger.