Header Ads

Najib mahu anjur judi, apa kata tok mufti Umno dan tok Jamil?

Najib 1Malaysia telah mengumumkan salah satu 'agenda' 1Malaysianya di Hong Kong baru-baru ini ketika lawatannya ke sana.

Najib dikatakan telah bercadang untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Di Malaysia, Najib mewar-warkan kepada seluruh rakyat yang 1Malaysia bertepatan dengan Islam. Bila di Hong Kong, mencadangkan untuk mengadakan judi berasaskan sukan pula.

Pengumuman Najib berkenaan dengan judi itu telah didedahkan oleh media antarabangsa.

Dala laporan TV Selangor, Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'

Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.

Sebelum terlaksana idea yang dicetuskan oleh bos Umno-BN atas kerjasama tokey-tokey judi itu, WarkahDaily berbesar hati agar cerdik pandai agama yang masih lagi ada dalam Umno-BN termasuk 'Tuan Guru Haji Lah' yang dianggap Tuan Guru Umno yang berlagak pandai agama mengutuk TG Nik Aziz.

Tak pun, minta Tok-tok mufti yang masih sayang lagi Umno-BN agar keluarkan satu fatwa apakah boleh atau harus tindakan bapa 1Malaysia, Najib tu?

Woi orang Umno-BN, orang Cina dan India pun kutuk atas tindakan Najib tu. Bermakna depa tu lebih pandai dari kamulah berkenaan dengan hukum Islam.

Di mana mahu kamu letak muka kamu wahai penyokong-penyokong Umno-BN. Apakah ustaz-ustaz korang tak ada ajar korang pasal ini semua?

Ops..lupa, ustaz-ustaz Umno-BN hanya mengajar pasal kahwin, pasal air mutlak, pasal najis, pasal batal ke tidak wuduk jika terkentut. Setakat itu aje korang belajar. Taraf UPSR aje lah tu. Korang dah tak pandai lagi tahap-tahap SPM, STPM, STAM, Diploma. lebih-lebih lagi Ijazah dan Master.

Yang ada Master (M.A) agama dalam Umno-BN tu hanya 'celup' je kot. Kalau tak, kenapa tak reti-reti nak ajar kepala 1Malaysia korang tu.
Dikuasakan oleh Blogger.