MISC muktamad jual MT Bunga Semarak AS$2.5 juta
KUALA LUMPUR, 1 Mac: MISC Bhd memuktamadkan penjualan MT Bunga Semarak, kapal tangki dengan 15,999 berat muatan (DWT) kepada PT Waruna Nusa Sentana pada AS$2.5 juta.Penjualan itu adalah seiring strategi pengurusan aset MISC untuk menjual kapal tangki tunggal dan mengekalkan rangkaian kapal tangki bahan kimia moden untuk portfolio dan keperluan dagangan Unit Perniagaan Bahan Kimia MISC, demikian menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Pada 1 Sept, 2009, MISC mengumumkan penyelesaian penjualan secara keseluruhan kapal Anggerik Class MISC, yang terdiri daripada empat kapal tangki tunggal bahan kimia dengan 29,900 DWT pada AS$14.0 juta. - Bernama
Post a Comment