Header Ads

Ketua Polis Negara buat pengakuan palsu - Sivarasa

Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi. -malaysiakini

WarkahDaily - Macam-macam isu melingkari pada Ketua Polis Negara kita ni. Rasanya beliau ni KPN paling 'glamor' di negara kita.

Kebanyakannya isu yang berkaitan dengannya pun bukan sebarangan isu. Yang lebih 'hebat' lagi, dikaitkan 'bermasam muka' dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebab apa, tidaklah diketahui walaupun kedua-duanya menafikannya.

Sekarang pula didakwa menipu pulak. Kata dapat ijazah undang-undang tapi check punya check, tak ada pun. Betul ke tidak, kena tanya pada peguam Anwar, R Sivarasa.

Bagi WarkahDaily, tak pelik pun jika betul. Bukan isu terpencil pun. Sebelum ni pun dah banyak berita disiarkan akhbar perdana, ada segelintir pihak yang terlibat dalam pemalsuan ijazah, beli ijazah dan ambil upah tulis tesis PHd pun ada.

Yang paling ditakuti, doktor perubatan yang tiada kelayakan, tiba-tiba ada klinik untuk ubat pesakit. Ada ke huh?

Dikuasakan oleh Blogger.