Header Ads

Dr Ahmad al-Tayyeb dilantik Syeikhul Azhar yang baru

Rektor Universiti Al-Azhar, Dr.Ahmad Muhammad Toyyib telah dilantik sebagai Syeikhul Azhar yang baru menggantikan Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi yang meninggal dunia baru-baru ini di Arab Saudi.

Pelantikan telah dibuat oleh Presiden Mesir, Muhammad Husni Mubarak 19 Mac lepas.

Beliau merupakan Syeikhul Azhar yang ke-43 yang baru dilantik merupakan bekas graduan Universiti Al-Azhar, Kuliah Usuluddin Kaherah pada tahun 1966.

Dr.Ahmad Toyyib yang berusia 66 tahun, dilahirkan di wilayah Luxor itu pernah dilantik sebagai mufti negara Mesir pada tahun 2002-2003.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Ph.D bidang Akidah dan Falsafah daripada Universiti Al-Azhar sejak tahun 1977.

Selepas dilantik kerajaan Mesir sebagai Syeikhul Azhar, Syeikh al-Azhar Dr Ahmad al-Tayyeb mengesahkan didalam dialog bersama the Arab.Net bahawa keputusan pertama yang beliau lakukan ketika mendapat jawatan Sheikh al-Azhar ialah menghalang dirinya menerima tahniah dari iklan akhbar dan majalah, dan beliau menyatakan dia tidak rapat dengan pihak berkuasa dan tidak menentang gerakan Ikhwan.

Beliau menentang tindakan al-Azhar yang mengeksploitasikan Islam. Beliau bersetuju untuk membela janggut dan memakai pakaian tradisi al-Azhar, Kaftan. Beliau juga menafikan bahawa dia adalah Syeikh Tarikat Ahmadiyah, namum demikian beliau minat kepada ilmu Tasauf, dan tahu mengenai tarikat ini dan banyak membaca mengenainya.

Selepas diangkat menjadi Syeikhul Azhar, beliau juga dengan tegas mengutuk pencerobohan Zionis Yahudi terhadap Masjid Al-Aqsha.

"Apa yang terjadi hari ini di kota suci Quds dan pelataran kompleks Masjid Al-Aqsha adalah sebuah kejahatan yang sesungguhnya." tegas Dr Ahmad al-Tayyeb.
Dikuasakan oleh Blogger.