Aliran keluar modal melambung, FDI terus menjunam
Terdapat satu trend yang membimbangkan di mana sejak 2007, jumlah nilai pelaburan oleh syarikat-syarikat di Malaysia di luar negara semakin meningkat manakala pengaliran pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) ke dalam negara ini semakin berkurangan.
Lebih membimbangkan ialah jurang dari kesan dua hala ini (double whammy) semakin luas sehingga jika tidak ditangani oleh kerajaan pusat dengan segera maka pertumbuhan ekonomi akan terbantut dan terperangkap ke dalam kategori ekonomi mundur.
Laporan UBS yang berpangkalan di Switzerland, juga mencatatkan trend yang merisaukan ini, yang menurutnya telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu dan keadaannya semakin buruk Trend yang serupa terkandung dalam laporan buletin statistik bulanan yang diterbitkan oleh Bank Negara yang menjelaskan bahawa syarikat-syarikat gergasi lebih berminat melabur di luar negara kerana
pulangan hasil dan keuntungan yang lebih.
Laporan itu mencatatkan, pengaliran keluar modal untuk tujuan pelaburan pada tahun 2007 berjumlah RM9.14 bilion, melambung
kepada RM26.06 bilion tahun 2008 dan mencatatkan sebanyak RM14.62 bilion dalam tempuh sembilan bulan pertama 2009.
Ini bermakna jumlah terkumpul pelaburan di luar negara oleh syarikat-syarikat Malaysia ialah sebanyak RM50 bilion dalam tempuh hanya tiga tahun sahaja. Mereka melabur sama ada dalam perniagaan atau membeli hartanah.
“Data-data ini menunjukkan para pelabur tempatan sendiri telah hilang keyakinan terhadap prestasi ekonomi Malaysia dan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional,” ulas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata, salah satu sebab ialah dasar “flip flop” di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
“Banyak contoh di mana Najib tidak begitu yakin dengan dasar-dasarnya sendiri seperti isu Cukai Keuntungan Sebenar Hartanah (RPGT) yang diperkenalkan semula awal tahun ini, Dasar Otomotif Nasional, Permit AP, subsidi minyak untuk golongan tertentu dan sebagainya.
Menurut The Edge, syarikat-syarikat gergasi seperti Kumpulan YTL, Kumpulan CIMB Bank Berhad, Malayan Banking dan Kumpulan Lion lebih gemar melabur di luar negara kerana keadaan ekonomi negara yang tepu dan gagal menawarkan peluang-peluang perniagaan yang lebih baik.
Menurut Tony Pua, oleh sebab penguncupan dalam pelaburan pihak swasta dan FDI, maka kerajaan terpaksa berbelanja besar melalui pakej rangsangan untuk terus memberi nafas kepada ekonomi Malaysia.
“Tetapi keadaan ini mencipta masalah lain iaitu defisit belanjawan kerajaan yang semakin melebar, meningkat kepada 7.4% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam 2009.
“Yang peliknya kerajaan bercadang untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 5.5% dalam tahun 2010. Untuk mengurangkan defisit maka kerajaan mesti mengurangkan perbelanjaan.
“Dalam kata lain, kerajaan pusat sekarang ini menghadapi masalah ekonomi yang serius,” ujar beliau.
Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa ekonomi Malaysia mampu berkembang 5% tahun ini, Tony berkata, Najib terlalu optimistik tetapi tidak mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya.
Menurut Tony Pua, ramalan Najib itu adalah berdasarkan pertumbuhan 4.5% yang dicatat dalam suku keempat tahun ini. Namun pada keseluruhan tahun 2009, ekonomi Malaysia masih menguncup pada kadar 1.7%.
Beliau berkata, “Walaupun ekonomi mampu berkembang 5% tahun ini tapi kadar pertumbuhan ini masih tidak mencukupi untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
“Untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, ekonomi Malaysia mesti berkembang pada kadar 8% setiap tahun untuk selama 10 tahun berturut-turut,” terang beliau.
Untuk menangani masalah ini, kata Tony Pua, kerajaan mesti meningkatkan pendapatan hasil, menarik lebih banyak FDI dan menggalakkan pelaburan tempatan atau dalam negeri dengan menarik penyertaan lebih aktif dari sektor swasta. - FreeMalaysiaToday
Lebih membimbangkan ialah jurang dari kesan dua hala ini (double whammy) semakin luas sehingga jika tidak ditangani oleh kerajaan pusat dengan segera maka pertumbuhan ekonomi akan terbantut dan terperangkap ke dalam kategori ekonomi mundur.
Laporan UBS yang berpangkalan di Switzerland, juga mencatatkan trend yang merisaukan ini, yang menurutnya telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu dan keadaannya semakin buruk Trend yang serupa terkandung dalam laporan buletin statistik bulanan yang diterbitkan oleh Bank Negara yang menjelaskan bahawa syarikat-syarikat gergasi lebih berminat melabur di luar negara kerana
pulangan hasil dan keuntungan yang lebih.
Laporan itu mencatatkan, pengaliran keluar modal untuk tujuan pelaburan pada tahun 2007 berjumlah RM9.14 bilion, melambungkepada RM26.06 bilion tahun 2008 dan mencatatkan sebanyak RM14.62 bilion dalam tempuh sembilan bulan pertama 2009.

Post a Comment