Alhamdulillah, hajat Tok Guru dan rakyat Kelantan makbul
Hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)".
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya".
Bagaimana doa atau hajat seseorang akan diterima Allah melainkan segala perintah Allah akan dituruti, ajaran yang dibawa Rasulullah diamalkan bukan hanya meniti dibibir, namun beriktikad di hati dan diamalkan dengan anggota.
Jika suruhan Allah dituruti, perintah Allah diamalkan, hukum Allah diperjuangkan, maksiat ditinggalkan, maka Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya.
Allah sentiasa akan bersama dengan orang-orang yang bertaqwa (memakbulkan doa). Lebih-lebih lagi orang yang dizalimi.
Cantiknya Islam yang kita anuti.
Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.
Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -malaysianinsider.
Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa-doa orang yang bertaqwa. Doa di Kelantan dapat juga tempias di negeri lain. Hujan turun di serata tempat selepas pengaduan rakyat Kelantan bersama Tok Guru Menteri Besar kepada Allah dilangsungkan.
Dengan tawaduk dan keikhlasan, Allah terus makbulkan takkala Solat sunat Istisqa’ dilaksanakan. Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang.
Itulah keberhasilan daripada amalan soleh dan ketaatan kepada Allah diamalkan.
Kuasa doa menjadi senjata orang-orang mukmin, lebih-lebih lagi yang dizalimi. Jadi berhati-hatilah dengan tindakan kita. Jangan kita menzalimi orang lain, menindas orang lain, menafikan hak orang lain kerana doa mereka ini tidak pernah dibiarkan oleh Allah SWT.
Post a Comment