Peras ugut ke banteras warga asing?
Oleh: Suriati Mahmud
WALAUPUN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa satu mekanisme dan sistem akan dibangunkan bagi memantau status setiap warga asing yang memasuki negara ini sehingga mereka keluar semula; namun amalan yang berlaku di Sabah amat merunsingkan.
“Semalam saya menaiki bas daripada Semporna dan apabila tiba di hadapan Esso, Pekan Ranau sekitar jam 3 pagi, bas kami berhenti kerana polis membuat sekatan jalan. Polis melayan baik pendatang asing, sebaliknya berkasar dengan penduduk tempatan yang menunjukkan mykad masing-masing,” ujar seorang penumpang bernama Halim yang menghubungi krew Sabahkini.net sekitar jam 3.15 pagi.
Menurut Halim, beliau kecewa dengan perangai pegawai dan anggota polis yang melakukan sekatan jalan hanya untuk merompak bas express.
“Pemandu memberitahu saya, mereka terpaksa membayar RM100 bagi sebuah bas. Tidak termasuk RM50 bagi setiap Pendatang Asing tanpa izin yang ditahan dan dibebaskan jika mereka mampu membayar cukai yang dikenakan,” ujar Halim yang turut memaklumkan bahawa RM100 daripada setiap bas adalah ‘Wajib’ untuk mengelak dikenakan pelbagai kesalahan.
Kata Halim, beliau melihat dua orang Pati dibawa turun daripada bas yang beliau naiki dan kembali semula setelah mereka mengaku membayar RM50 setiap seorang kepada anggota polis yang bertugas.
“Bayangkan berapa mereka dapat kutip daripada lebih 50 bas setiap malam dan lebih 300 pati yang diseludup masuk ke dalam bas oleh tekong darat,” ujar Halim yang menggesa agar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyamar sebagai penumpang jika mereka ingin membasmi rasuah di kalangan pegawai penguatkuasa; sekaligus mengatasi kebanjiran warga asing di Sabah.
Sehubungan itu, Halim menggesa agar Menteri Dalam Negeri memastikan mekanisme pemeriksaan tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan mengelakkan rasuah terutama menyediakan pos kawalan dan pemeriksaan tetap yang dilengkapi dengan CCTV agar polis berhati-hati mengawal keselamatan dan kedaulatan Negara. -SabahKini
WALAUPUN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa satu mekanisme dan sistem akan dibangunkan bagi memantau status setiap warga asing yang memasuki negara ini sehingga mereka keluar semula; namun amalan yang berlaku di Sabah amat merunsingkan.“Semalam saya menaiki bas daripada Semporna dan apabila tiba di hadapan Esso, Pekan Ranau sekitar jam 3 pagi, bas kami berhenti kerana polis membuat sekatan jalan. Polis melayan baik pendatang asing, sebaliknya berkasar dengan penduduk tempatan yang menunjukkan mykad masing-masing,” ujar seorang penumpang bernama Halim yang menghubungi krew Sabahkini.net sekitar jam 3.15 pagi.
Menurut Halim, beliau kecewa dengan perangai pegawai dan anggota polis yang melakukan sekatan jalan hanya untuk merompak bas express.
“Pemandu memberitahu saya, mereka terpaksa membayar RM100 bagi sebuah bas. Tidak termasuk RM50 bagi setiap Pendatang Asing tanpa izin yang ditahan dan dibebaskan jika mereka mampu membayar cukai yang dikenakan,” ujar Halim yang turut memaklumkan bahawa RM100 daripada setiap bas adalah ‘Wajib’ untuk mengelak dikenakan pelbagai kesalahan.
Kata Halim, beliau melihat dua orang Pati dibawa turun daripada bas yang beliau naiki dan kembali semula setelah mereka mengaku membayar RM50 setiap seorang kepada anggota polis yang bertugas.“Bayangkan berapa mereka dapat kutip daripada lebih 50 bas setiap malam dan lebih 300 pati yang diseludup masuk ke dalam bas oleh tekong darat,” ujar Halim yang menggesa agar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyamar sebagai penumpang jika mereka ingin membasmi rasuah di kalangan pegawai penguatkuasa; sekaligus mengatasi kebanjiran warga asing di Sabah.

Post a Comment