Header Ads

T-Team kutip mata penuh dalam saingan TM Liga Super

Pasukan T-Team

Saingan TM Liga Super semalam, T-Team berjaya mengutip mata penuh dengan membelasah Johor 3-0. Ini menyebabkan Johor terus berada di tangga terbawah liga. Perlawanan itu diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru.

Gol pelawat tercipta pada minit ke-29 selepas lontaran jauh Mohd Shahrul Ezain menyaksikan Mohd Harris Safwan yang tidak dikawal melakukan rembatan menewaskan Mohd Faizal manakala Mohd Norisham Hassan mencipta jaringan pada minit ke-75 sebelum Abdul Hadi Yahya memastikan kemenangan buat pelawat apabila menanduk masuk, dua minit sebelum wisel penamat.

Sementara di Stadium JCorp, Pasir Gudang, penantian Johor FC untuk mencipta kemenangan sulung di laman sendiri tercapai selepas menewaskan KL Plus 1-0, sekali gus melonjak kedudukan ke tangga keempat.

Pahang pula melupakan tragedi tersingkir awal dalam saingan Piala FA dengan meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur.

Gol-gol pahang dijaringkan menerusi rembatan Abd Rahman Abd Kadir dalam kotak penalti. Kemudian pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi pemain yang dimasukkan pada babak kedua, K Thanaraj pada minit ke-65.

Mohd Fazli Baharuddin menjadi wira Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 hasil gerakan solo.
Dikuasakan oleh Blogger.