RM6 bilion: Patutlah BN bertungkus lumus ingin meroboh kerajaan PR Selangor
Selangor berjaya menarik pelaburan RM6 bilion setakat ini, sekali gus menidakkan ramalan Umno-Barisan Nasional, kononnya negeri iti tidak lagi akan menerima pelaburan asing kerana di tadbir oleh parti pembangkang.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat berjaya menunjukkan kebolehannya menguruskan Selangor dan sekali gus memperhebatkan usaha membela golongan yang terpinggir selama ini.
"Kita telah dapat menunjukkan keupayaan dari segi pengurusan pertama pada ramai pemerhat-pemerhati yang mengatakan bahawa apabila pakatan rakyat memerintah selangor sudah tentulah dapat kekurangan pelaburan yang akan datang ke negeri selangor tetapi untuk pengethaun tuan puan semua negeri selangor walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset telah dapat menarik pelaburan lebih daripada RM6000juta,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian pada majlis Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Shah Alam.
Majlis ini mengumpulkan kira-kira 300 rakyat pelbagai lapisan yang dibela oleh kerajaan menerusi program-program kebajikan dan sosial sejak dua tahun lalu.
Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor membelanjakan hampir 50 juta ringgit untuk membantu lebih 15 ribu orang.
Melalui program merakyatkan ekonomi itu, pelbagai skim bantuan dan insentif bertujuan membela dan mensejahterakan rakyat Selangor dilaksanakan secara berperingkat.
"Jadi apabila ekonomi berkembang pelaburan bertambah sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah dan dengan cara itu program merakyatkan ekonomi akan kita perhebatkan,"katanya. - TVS
WDO - Rupa-rupanya, Selangor lubuk cari duit. Patutlah Umno-BN beriya sangat ingin merampas Selangor daripada Pakatan rakyat.
Umno payah hendak 'hidup' jika tiada duit. Jadi terpaksalah berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan PR walau dengan apa cara sekali pun samaada pilihanraya atau lebih teruk lagi secara kotor dan keji.
Sejak dari mula PR ambil alih kerajaan lagi, bunyi-bunyi suara sumbang konon PR tidak lama memerintah dan BN bakal terajui Selangor. Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya mainan psikologi politik. Yang menjadi mangsa penjawat awam yang tidak berani menyebelahi mana-mana pihak kerana takut Umno membalas dendan jika betul BN kembali tadbir Selangor.
Post a Comment