PAS buat laporan polis blog siar imej Anwar ‘liwat’ Nik Aziz
Oleh: Mohd Zuharman
KOTA BARU, Feb 7 : PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang “diliwat” Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blog tersebut, jeffrydamien09.blogspot.com selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindan-tindih gambar, turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.
Bahan itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Pak Ajis dah kecut!!: Perpaduan dah jahanam.. Al Jubori pun nak jahanam.. Nak bincang ape lagi?”
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Baru, Pengkalan Chepa oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim selaku Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan hari ini.
Hadir sama Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.
Beliau ketika ditemui berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersifat provokatif boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara.
“Kami membuat laporan ini memohon kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas blogger berkenaan kerana telah bertindak di luar batasan seorang blogger.
“Kami juga memohon satu siasatan segera dibuka mengikut akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan-perbuatan fitnah sebegini,” kata beliau.
“Bukan satu sahaja tapi banyak grafik lain terdapat dalam blog tersebut.
“Saya kira ini adalah satu perbuatan melampau jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan ketegangan di kalangan penyokong PAS dan Umno di negeri Kelantan,” katanya.
Sehubungan itu katanya, selain memburuk-burukkan imej Nik Aziz dan Anwar ia juga menyentuh perbicaraan terhadap Anwar dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang.
“Kami juga merasakan ini satu tindakan subjudis menyentuh perbicaraan yang sedang berlangsung.
“Semua kami yang berada di sini hari ini berharap tindakan segera pihak polis berhubung perkara ini dapat diambil memandangkan kes ini telah dapat dilihat dengan jelas,” jelasnya. -themalaysianinsider

Post a Comment