Header Ads

Norizan nekad mengadu ke Parlimen selepas Kementeri Dalam Negeri enggan menemuinya

Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh gagal menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung isu tembak itu daripada Kementeri Dalam Negeri kerana menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pun timbalannya enggan menemui mangsa.

Sebaliknya hanya Setiusaha kanan kementerian berkenaan datang menemui mangsa sebagai wakil kepada menteri itu untuk menerima memorandum.

Tindakan itu ditolak Norizan dan akhirnya memutuskan untuk menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO. - TVS
Dikuasakan oleh Blogger.