Mesir muncul juara Piala Negara-Negara Afrika kali ketujuh
LUANDA: Mesir berjaya muncul juara Piala Negara-Negara Afrika untuk kali ketujuh, semalam dan lebih membanggakan melahirkan bintang baru benua itu iaitu Mohamed 'Gedo' Nagy.
Sebelum ini Mesir turut melahirkan pemain handalan seperti 'Bibo' El-Katib, Hossam Hassan dan terbaru Mohamed Aboutrika atau dikenali sebagai 'Gedo' yang kini berusia 26 tahun.
Pemain tengah kelab Al-Ittihad itu kini meniti bibir sebagai pemain hebat sebaris pemain bintang lain.
Gedo berjaya menjaringkan lima gol, semuanya sebagai pemain simpanan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan kali ini.
Apa yang lebih manis apabila Gedo yang bergabung dengan Mohamed Zidan berjaya meledakkan jaringan kemenangan Mesir lima minit sebelum tamat permainan bagi menyingkirkan Ghana.
Bagi penolong jurulatih Mesir, Shawky Gharib beliau melihat Gedo sebagai lahirnya seorang pemain bintang baru di Angola.
"Seorang lagi bintang bola sepak Mesir lahir di Angola.
"Setiap kali Gedo di padang, dia akan menjaringkan gol.
"Dia mempunyai semangat kental untuk menang walaupun bermain sebagai pemain gantian," katanya. - AFP
Sumber: BHarian
Sebelum ini Mesir turut melahirkan pemain handalan seperti 'Bibo' El-Katib, Hossam Hassan dan terbaru Mohamed Aboutrika atau dikenali sebagai 'Gedo' yang kini berusia 26 tahun.
Pemain tengah kelab Al-Ittihad itu kini meniti bibir sebagai pemain hebat sebaris pemain bintang lain.
Gedo berjaya menjaringkan lima gol, semuanya sebagai pemain simpanan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan kali ini.Apa yang lebih manis apabila Gedo yang bergabung dengan Mohamed Zidan berjaya meledakkan jaringan kemenangan Mesir lima minit sebelum tamat permainan bagi menyingkirkan Ghana.

Post a Comment