Kalau dah penakut, macam-macam alasan dicipta
Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam di negeri itu.“Kalau (berdebat) dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau (dengan) Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” kata Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahalan menyifatkan Pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.
Norman mengulas cabaran ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin untuk berdebat dengan Pemuda Umno negeri, DPMMPP dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berhubung isu berkenaan.
Beliau juga mengesahkan telah menerima surat cabaran debat tersebut dari Pemuda Pakatan melalui faks pagi ini.
Setiausaha kehormat DPMMPP, Mazri Mahmood mengesahkan menerima surat yang sama manakala Pengerusi GPMS negeri, Nurul Huda Ghazali pula berkata beliau dimaklumkan mengenainya melalui panggilan telefon.
Dalam surat tersebut, Pemuda Pakatan mencabar mereka untuk berdebat mengenai isu tersebut pada 7 Mac depan di tapak ekspo Seberang Jaya. -Malaysiakini
WDO: Kalau Pemuda Umno Pulau Pinang merasakan diri mereka itu betul dan tidak memutar belitkan isu, maka dengan siapa pun, mereka sepatutnya berani berdebat. Namun jika auta je lebih tetapi penakut, maka pelbagai alasan dicipta bagi mengelak daripada berdebat.
Umum dah kenal Umno ni berani ke penakut. Dari dulu sampai sekarang, tiada yang berani sahut cabaran berdebat. Kalau tak, kenapa adanya edisi debat olok-olok telah dibuat Umno hanya semata-mata ingin tahu tahap kebolehan Umno berdebat dengan Pakatan.
Cuma segelintir sahaja berani, itu pun tewas tetapi berlagak menang. Rakyat sekarang bukan rakyat zaman sebelum merdeka yang mudah ditipu penjajah.
Post a Comment