Header Ads

Apakah sudah hilang sifat malu pada diri Saiful?

Seperti kata Sdr Anwar terhadap akhbar yang membuat liputan kes tuduhan liwatnya, surat khabar begitu kotor, biadap dan jijik. Hari ini dalam laporan akhbar arus perdana dilihat begitu megah dengan laporannya berkaitan kes berprofil tinggi, tuduhan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa segan silu, adab ketimuran sudah dihilangkan dalam diri pelapor akhbar yang cuba mengejar sensasi disamping menurut perintah 'tuannya' dalam membuat liputan hangat itu.

Dalam akhbar hari ini, berita kes liwat ini dijadikan topik utama beritanya. Lebih memalukan lagi, tanpa segan silu melaporkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dihebohkan. Surat khabar bukan hanya dibaca oleh golongan dewasa, bahkan golongan pelajar, muda-mudi yang masih mentah dalam kehidupan.

Jika difikirkan, apakah perlu bagi akhbar membesar-besarkan cerita buka seluar dan berkaitan memasukan benda dalam dubur. Seolah-olah masyarakat timur kita sudah terbiasa dengan perkara terbukak sana terbuka sini, terjolok sana terjolok sini.

Bagaimana perasaan ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil yang membaca akhbar dengan secara spontan bertanya perihal yang berkaitan laporan itu. Alangkah malunya kita. Apakah persepsi mereka ketika itu.

Kepada Mohd Saiful Bukhari pulak, dilhat begitu selamba mencerita perihal duburnya yang bermasalah kerana konon diliwat. Kalau kita ini ada perasaan malu, buatlah dengan cara ketimuran kita. Jangan sampai orang kata kita sudah hilang 'kemaluan'.

Jika dilihat pada gambar Saiful yang begitu tenang membicarakan perihal peribadinya kepada umum. Seolah-seolah tiada perkara berlaku yang ada cuma satu konspirasi sahaja.

Tapi keputusan terletak pada hakim di Mahkamah dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi ini. Hukuman perlulah menepati keadilan yang dituntut dalam agama. Allah Maha mengetahui dan bijaksana. Allah tidak sunyi dari menghukumi hamba-hamba-Nya yang zalim dan melakukan kezaliman terhadap orang lain. Keadilan Allah pasti akan tiba.
Dikuasakan oleh Blogger.