Terengganu kutip mata penuh, Selangor sekadar seri
TERENGGANU terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dalam aksi Liga Super malam ini.
Selangor yang sekadar seri 1-1 dengan Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar kini hanya mendahului dengan kelebihan dua mata ke atas Terengganu.
Terengganu ternyata memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan menerusi tendangan percuma Zairol Anuar Zailani.
Bagaimanapun tuan rumah terpaksa menunggu hingga ke minit akhir perlawanan kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd. Muhaimin Omar dilayangkan kad merah. Namun kekurangan itu tidak menjejaskan rentak Terengganu apabila mampu menambah satu lagi gol menerusi Ashaari Shamsuddin.
Terengganu masih kekal di tangga kedua Liga Super di belakang Selangor dengan 14 mata berbanding Selangor 16 mata.
Di Stadium Utama, Kangar, jaringan penyamaan Safiq Rahim empat minit sebelum babak pertama berakhir menyelamatkan pendahulu liga, Selangor daripada pulang dengan tangan kosong selepas Ahmad Fakhry Saarani menjaringkan gol pembukaan Perlis pada minit ke-12.
Sementara di Stadium Darulaman, Azlan Ismai menjadi wira tuan rumah selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Kedah menamatkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang sendiri dengan menewaskan T-Team 3-1.
Gol pertama Kedah hasil jaringan Faizal Abu Bakar pada minit ke-18. Sementara T-Team mendapat gol saguhati melalui jaringan Norhisham Ismail pada minit ke-82. Kemenangan Kedah itu merupakan kemenangan pertama di laman sendiri untuk musim ini.
Di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kelantan bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang melalui jaringan hatrik Norshahrul Idlan Talaha.
Perak gagal mengulangi persembahan ketika mengikat Kelantan Selasa lalu apabila tumpas 0-3 kepada Johor FC di Stadium Ipoh.
Gol-gol Johor FC dijaringkan oleh Khairul Ismail minit ke-42, Zulhisham Jamaludin (m-66) dan Eddy Helmi Manan pada masa kecederaan.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang turut tidak menghampakan penyokong sendiri apabila berjaya memperoleh kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan, menewaskan KL Plus 2-1. -sokernet
Selangor yang sekadar seri 1-1 dengan Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar kini hanya mendahului dengan kelebihan dua mata ke atas Terengganu.
Terengganu ternyata memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan menerusi tendangan percuma Zairol Anuar Zailani.Bagaimanapun tuan rumah terpaksa menunggu hingga ke minit akhir perlawanan kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd. Muhaimin Omar dilayangkan kad merah. Namun kekurangan itu tidak menjejaskan rentak Terengganu apabila mampu menambah satu lagi gol menerusi Ashaari Shamsuddin.

Post a Comment