Header Ads

Rupa-rupanya bekas YB Kamal jadi ‘samseng’ Umno di Mesir

Kalau sudah busuk, pergilah ke mana pun, tetap akan busuk juga. Walaupun ke hujung dunia sekali pun. Inikan lagi ke bumi yang digelar bumi anbia` (bumi para-para nabi). Kalau di Malaysia, semua sudah maklum yang Umno sudah busuk sebusuknya. Bahkan dipersetujui sendiri bekas pemimpin nombor satu Umno sendiri iaitu Tun Mahathir Mohamed.

Tidak cukup membusuk di bumi sendiri, dipanjangkan pula di bumi anbia`, Mesir. Umno menyelinap masuk dalam kalangan pelajar-pelajar luar negara melalui Kelab Umno luar negara yang bergerak di sebalik Jabatan Penuntut dengan mengumpan para pelajar dengan ratusan Dolar US agar dapat menyekat pengaruh pembangkang terhadap pelajar di sana. Konon atas nama kebajikan.

Namun baru-baru ini, perkhabaran dari sana, ‘ribut taufan’ melanda pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Pelajar kena pukul. Bukan dipukul mamat arab tapi oleh ‘mamat’ Malaysia juga.

Bagi pelajar di Mesir, perkara ini bukan baru, bahkan sejak awal tahun 2005 lagi, kes pukul memukul telah lama diperkatakan.

Seorang pelajar (ahli PMRAM) dari Selangor telah dipukul oleh pegawai penuntut Selangor ketika itu, En Idris Mastor. Selepas dipukul, pelajar itu telah dihalau dari asrama selangor di Mesir.

Kisah itu kembali berulang pada akhir tahun 2005. Yang pelik, yang kena tumbuk ialah dari kalangan ‘keluarga’ sendiri. Kalau ahli PMRAM, tidaklah pula pelik. Umno tumbuk Umno. Apa dah jadi dengan Umno ni. Di Malaysia bergaduh, di luar negara pun nak bergaduh. Memang sah Umno ni samseng.

Yang aku nak cerita perihal tajuk di atas, ada kaitan dengan kes tumbuk ini. Konon golongan baru dalam Kelab Umno cuba mempersoalkan golongan lama (pihak atasan) dalam kelab. Maka berlakulah perkelahian antara mereka. Ingatkan di Malaysia aje mereka buat hal.

“Saya bangkitkan perkara ini adalah kerana sedih melihat gaya dan cara orang yang comfirm UMNO nya. Kalau dulu, saya hanya mendengar keganasan dan samseng yang dilakukan terhadap pelajar Selangor dan SMS PANAS Pegawai Terengganu di Mesir,hari ini, saya merasainya sendiri”, luah tuan punya badan melalui blog peribadinya.

Petikan daripada luahan tuan punya badan, beliau menceritakan detik-detik kejadian tersebut di blognya.

“Bermula dengan sebuah pertikaian,saya didatangi dengan jarak yang dekat dan ditunjukkan penumbuk. Itulah apa yang dilakukan oleh KAMAL BIN ABDULLAH,YB sepenggal DUN TERENGGANU (Dun Sura, Dungun) (2004 – 2008).

Sejurus kemudian, saya ditumbuk oleh IDRIS BIN MASTOR, samseng taik minyak yang pernah terlibat dalam pergaduhan dan menumbuk pelajar di Rumah Selangor. Kamal Bin Abdullah adalah merupakan penasihat Kelab UMNO Kaherah”.

Rupa-rupanya Kamal, bekas Adun Umno (Dun Sura, Dungun) yang tewas dalam PRU 12 kepada PAS telah dihantar ke Mesir sebagai penasihat Kelab Umno. Ingat dah hilang ntah kemana selepas kalah dalam piliahanraya.

Di Malaysia ‘dibuang’ di Mesir pun kena maki hamun. Kasihan betul dengan bekas Imam Besar Negeri Terengganu tu. Tapi bukan beliau hirau pun orang tak suka, asalkan agenda peribadi dapat berjalan lancar.

“Kedua-dua sampah ini adalah merupakan LIABILITI kepada Kelab UMNO dan UMNO itu sendiri”, lapor blog peribadi ahli kelab Umno tersebut lagi.

Nampaknya, Umno bukan sahaja membusuk di Malaysia, bahkan di Mesir juga. Ntah-ntah, di serata tempat yang ada nama Umno. Mungkin sebagai petanda Umno sudah menghampiri saat-saat kehancuran. Umno sudah busuk hingga ke ususnya.
Dikuasakan oleh Blogger.