Mahkamah Tinggi Kuantan buktikan polis bersalah
Polis merupakan pasukan keselamatan negara yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu, polis tidak sepatutnya menjalankan tugas semata-mata menjaga kepentingan kumpulan tertentu bagi mempertahankan kuasanya. Segala tindakan dan tugas hendaklah tidak memilih bulu semata-mata. Tidak lama dulu, telah dicadangkan satu badan untuk memantau pergerakan tugas polis supaya tidak ada salah guna berlaku.
Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan kerajaan dalam melaksanakan penambahbaikan polis ke arah yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab ke atas tugasnya.
Namun akhir-akhir ini, perjalanan badan yang ditubuh itu tidak diketahui akan keberkesanannya. Pasukan polis dilihat lebih ke arah "menjaga" kerajaan BN daripada dikalahkan. Kementerian Dalam Negeri telah mempergunakan polis untuk kepentingan kerajaan BN.
Kebanyakan pilihanraya kecil, pihak polis telah dikerahkan kononnya untuk menjaga keselamatan kawasan pengundian. Namun kesahihannya boleh dipertikai kerana pelaksanaan tugas hanya ditumpukan sebelah pihak sahaja.
Laporan Harakahdaily hari ini, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengesahkannya. Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.
Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.
Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.
Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.

Post a Comment