Liga Europa: United cemerlang tewaskan Ajax, City kecewakan juara bertahan Porto

Phil Jones (kiri) berebut bola dengan Miralem Sulejmani dalam perlawanan Liga Europa diantara Manchester United menentang Ajax. | foto AFP
Masing-masing cemerlang di tempat lawan sekaligus memberi kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya, 16 pasukan terakhir.
Ashley Young membuka jaringan untuk United 15 minit selepas separuh masa kedua bermula dan Javier Hernandez memastikan kemenangan mutlak United menerusi golnya lima minit sebelum masa permainan tamat.
Kelab mewah, City bangkit daripada ketinggalan satu gol pada babak pertama untuk mengecewakan tuan rumah, FC Porto.
Porto membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukkan Sebastian Varela.
Kesilapan Pereira menjaringkan gol sendir lima minit selepas separuh masa kedua menaikkan semangat City untuk mencari kemenangan.
Segala-galanya berhasil pada City apabila gerakan Yaya Toure cemerlang disudahi oleh Sergio Aguero enam minit sebelum wisel penamat untuk dibawa bekalan satu gol kelebihan ke Etihad Stadium.
Lain-lain keputusan;
Lokomotiv Moscow 2-1 Athletic Bilbao
AZ Alkmaar 1-0 Anderlecht
Lazio 1-3 Atletico Madrid
Legia Warsaw 2-2 Sporting Lisbon
RB Salzburg 0-4 Metalist Kharkiv
Viktoria Plzen 1-1 Schalke
Hannover 2-1 Club Brugge
Steaua Bucuresti 0-1 FC Twente Enschede
Stoke C. 0-1 Valencia
Trabzonspor 1-2 PSV Eindhoven
Udinese 0-0 PAOK Saloniki
Wisla Krakow 1-1 Standard Liege
Sumber: Arena.my
Post a Comment