Update: Tokoh veteran PAS Ustaz Kassim Ahmad kembali ke rahmatullah

USTAZ KASSIM dalam kenangan. | foto Trg Kini
Beliau meninggal dunia di sisi isteri keduanya, Puan Zainab Awang, 41, dan anak-anak setelah diserang penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu dan pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Ustaz Kasim yang juga Bendahari Dewan Ulamak PAS Terengganu meninggalkan dua balu, Puan Noraidah Sulaiman dan Puan Zainab Awang bersama 13 orang anak hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya.

Solat jenazah diketuai Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang yang disertai oleh kira-kira 1,000 orang di Masjid at-Taqwa. | foto Hrkh
Semasa hayat, beliau yang dilahirkan pada 11 September 1937 di Kuala Rompin, Pahang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 1972 hingga 1975 dan Pengerusi Tetap PAS Pusat.
Selain pesuruhjaya negeri, beliau pernah diamanahkan sebagai setiausaha, bendahari dan ketua penerangan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.
Selain itu, beliau juga merupakan Bendahari Pembangunan Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila dan Pengerusi Koperasi Insaf Negeri Terengganu (KoINSAF).

PAS Kemaman menziarahi almarhum ketika dimasukkan ke hospital. | foto Leftenan Adnan Awang
Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada enam beradik juga pernah menjadi Exco Kerajaan Terengganu pada 1972 hingga 1974 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang. -Harakahdaily
WarkahDaily - Pemergian allahyarham suatu kehilangan sebutir permata seorang tokoh pejuang Islam dan cukup terasa buat PAS Terengganu yang kehilangan seorang yang begitu komited dengan perjuangan dan perkembangan PAS di bumi Terengganu dan Malaysia amnya..
Penulis WarkahDaily ingin mengucapkan takziah buat keluarga si mati dan bacaan Al-Fatihah buat jenazah allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, solihiin dan anbiya`, Insya Allah...Amin Ya Rabb.
Post a Comment