Terkini: Keputusan penuh bola sepak Liga Super 2011 (19 Mei)
WarkahDaily - Saingan perebutan takhta Liga Super 2011 semakin terbuka buat tiga pasukan teratas Liga Super 2011 antara Kelantan, Selangor dan Terengganu. Jurang mata ketiga-tiga pasukan masing-masing sekadar satu mata.Kelantan kembali menguasai liga selepas menang ke atas Felda united 3-1. Manakala Selangor kembali jatuh satu anak tangga selepas tewas kepada pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Manakala mengekori rapat Selangor adalah Terengganu di tangga ketiga selepas skuad dari Pantai Timur itu berjaya menundukkan Harimau Muda A 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Super (19 Mei 2011):
![]() | Felda United | 1 - 3 | Kelantan | ![]() |
![]() | Harimau Muda A | 1 - 2 | Terengganu | ![]() |
![]() | N. Sembilan | 2 - 1 | Johor FC | ![]() |
![]() | Pahang | 0 - 2 | K. Lumpur | ![]() |
![]() | Perak | 1 - 1 | Sabah | ![]() |
![]() | T-Team | 2 - 1 | Selangor | ![]() |
![]() | Kedah | 2 - 0 | Perlis | ![]() |














Post a Comment