Keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Super 2011 (12 April)
WarkahDaily - Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Malaysia - Liga Super 2011 (12 April 2011).Top 5 carta liga: Berlaku beberapa perubahan pada kedudukan carta liga apabila Selangor kembali merampas tahta liga daripada Kelantan selepas mengutip 23 mata apabila menang ke atas Felda United 1-0. Kelantan yang teruk dibelasah Perak, terus jatuh ke tangga ke-4 liga selepas mengutip 20 mata.
Di tangga ke-2 liga, Perak yang mengamuk membelasah Kelantan 4-0 setelah mengutip 22 mata. Manakala Terengganu yang membenam pasukan kelab dari negeri sendiri, T-Team 1-0 dan terus melonjak ke tangga ke-3 liga. Terengganu berjaya mengutip 21 mata.
Manakala Kedah terus kekal di tangga ke-5 dengan mengutip 18 mata walaupun menang ke atas Negeri Sembilan 2-0.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Super:
![]() | Sabah | 2 - 2 | Perlis | ![]() |
![]() | Perak | 4 - 0 | Kelantan | ![]() |
![]() | Felda United | 0 - 1 | Selangor | ![]() |
![]() | T-Team | 0 - 1 | Terengganu | ![]() |
![]() | N. Sembilan | 0 - 2 | Kedah | ![]() |
![]() | Harimau Muda | 1 - 0 | K. Lumpur | ![]() |
![]() | Pahang | 0 - 0 | Johor FC | ![]() |














Post a Comment