Header Ads

Seorang remaja ditahan kerana memiliki CD game lucah, ’Datuk T’ tayang video lucah?

WarkahDaily, 26 Mac – Celaru...celaru...hipokrit dan bangsat. Sepasukan empat pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan telah menyerbu sebuah kedai di kompleks beli-belah Terminal1 kerana disyaki menjual permainan komputer berunsur lucah dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kepada pelanggan termasuk golongan remaja.

Dalam serbuan itu, penjaga kedai, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) kerana disyaki mengedar filem lucah.

Dalam perkembangan lain, tiga sekawan yang menggelarkan diri mereka Datuk T telah menayang video lucah kepada sekumpulan wartawan di sebuah tempat eksklusif di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bukan sahaja tidak diserbu, bahkan sesi penayangan itu telah mendapat kawalan ketat demi menjayakan program tayangan seks berkenaan. Apa tindakannya?

Berkaitan berita permainan terlampau dalam CD game yang dijual di Seremban, Sinar Harian melaporkan, sebuah kedai di kompleks beli-belah Terminal1 dekat sini, dikesan menjual permainan komputer berunsur lucah dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kepada pelanggan termasuk golongan remaja.

Lebih memeranjatkan, pengendali kedai terbabit dikatakan bertindak berani dengan mempamerkan CD dan DVD permainan komputer lucah itu secara terbuka di rak jualan.

Kegiatan menyalahi undang-undang negara itu dibongkar sepasukan empat pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan dalam satu serbuan, kira-kira jam 3.30 petang, 8 Mac lalu.

Ketua cawangannya, Zainal Abidin Othman berkata, permainan berbentuk `role-playing’ itu memaparkan aksi lucah terlampau dan pemain dikehendaki membuat pilihan tertentu bagi merangsang watak wanita untuk melakukan hubungan seks.

“Serbuan dilancarkan selepas risikan dijalankan selama satu hari dan kami menemui serta merampas sebanyak 25 CD dan empat DVD permainan komputer berunsur lucah, dipercayai dijual kepada pelanggan dengan harga RM15 sekeping.

“Penjaga kedai, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) kerana disyaki mengedar filem lucah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, suspek boleh dikenakan denda antara RM10,000 sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurutnya, pihaknya sedang dalam proses untuk mendakwa suspek di mahkamah dan mengesan pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan menjual permainan komputer berkenaan.

“Permainan komputer asalnya dipercayai dihasilkan di Jepun. Perbualan dalam permainan menggunakan bahasa Jepun dan terdapat terjemahan sari kata bahasa Inggeris.

“Operasi mengesan dan menyerbu premis menjual permai­nan komputer berunsur lucah dilancarkan di sekitar negeri ini berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan berkenaan di Ipoh, Perak, baru-baru ini,” katanya.

Zainal Abidin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan menjual permainan komputer berunsur lucah boleh menyalurkannya dengan menghubungi BKF KDN Cawangan Negeri Sembilan menerusi talian 06-7611152.
Dikuasakan oleh Blogger.