Header Ads

Rejim Israel lancar serangan udara ke atas Genting Gaza

WarkahDaily – Sedang dunia sibuk mengutuk Amerika Syarikat yang tak pasal-pasal berlagak seperti polis dunia menyerang Libya, konon nak bantu rakyat Libya...dalam diam-diam pulak, sekutu Amerika, rejim Israel telah pun bertindak melancarkan serangan udara ke atas penduduk Gaza lewat malam kelmarin.


Bangunan musnah selepas dibom rejim Israel di Genting Gaza.
Jahanam Israel!..konon orang tak sedar...ambil kesempatan ketika dunia sedang memerhatikan tingkah laku Amerika dan sekutunya yang lain di Libya, penduduk dunia terarah ke Jepun yang dilanda bencana dahsyat.

Sekurang-kurangnya 17 orang cedera termasuk kanak-kanak dalam beberapa serangan udara rejim Israel ke atas Genting Gaza.

Jet pejuang Israel melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan di Baitul Lahiya dan Bandar Gaza.

Pejabat pasukan keselamatan pejuang Hamas, kem latihan dan kilang batu-bata di utara Gaza antara yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Angkatan tentera Israel seperti biasa menuduh pejuang Hamas memulakan serangan ke atas Israel dengan mendakwa sebanyak 56 peluru berpandu dilancarkan dari Gaza sejak Sabtu lalu.

Israel mengenakan sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas 1.5 juta penduduk Gaza selepas pejuang Hamas berjaya mengawal Genting Gaza sejurus memenangi pilihan raya secara adil pada 2007.
Dikuasakan oleh Blogger.