Norshahrul Adlan sedia robek kubu Etoile FC tanpa kelibat Safee Sali
SINGAPURA, 26 Mac: Norshahrul Idlan Talaha mahu menjadi pemain serba boleh dan menyumbang untuk negara selepas ketiadaan rakan gandingan di bahagian serangan, Safee Sali.

Norshahrul Idlan Talaha (kanan) bersiap sedia dalam prestasi terbaik untuk menggempur Etoile FC hari ini.
Pemain kelahiran Terengganu itu hampir pasti akan bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani dalam misi merobek kubu Etoile FC di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini.
"Sebelum ini memang saya sering bermain dengan (Ahmad) Fakri, jadi saya fikir tiada masalah.
"Kami pernah memenangi pingat emas Sukan SEA bersama," jelasnya.
"Sebetulnya, saya hanya betul-betul digandingkan dengan Safee Sali semasa Piala Suzuki AFF 2010."
Dalam perkembangan lain, jurulatih Harimau Malaya, K. Rajagobal tidak melakukan perubahan besar dan dijangka akan menerapkan corak yang sama seperti perlawanan terdahulu.
“Menerusi perlawanan begini baru saya dapat menilai sejauh mana kesungguhan seseorang pemain untuk mewakili negara. Jika hanya pada perlawanan penting saja baru mahu bersungguh-sungguh, mereka tidak layak bergelar pemain kebangsaan,” jelasnya.
Beliau bagaimanapun dijangka akan membuat sedikit rombakan di bahagian tengah untuk menguji pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin.
Tumpuan juga akan diberikan di bahagian pertahanan tengah mengenai siapakah yang bakal diberi tanggungjawab tersebut.
Ini berikutan posisi tersebut memiliki saingan sihat apabila kembalinya Aidil Zafuan Abdul Razak bermakna gandingan mantap Muslim Ahmad dan Fadli Shaas sebelum ini bukanlah satu jaminan sambil musim cemerlang Kelantan telah membantu Rizal Fahmi Abdul Rosid merasai pengalaman bersama skuad kebangsaan.
Perlawanan ini juga memberi kesempatan kepada K. Rajagobal untuk meneliti kemampuan para pemain yang akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015 dan kelayakan pra Piala Dunia. -D5 Sports

Post a Comment