Header Ads

Liverpool tebus kecewa tersingkir Liga Europa dengan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland

LONDON: Dirk Kuyt menjaringkan penalti kontroversi buat Liverpool, yang bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada Liga Europa dengan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland.


Suarez dirai rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua buat Liverpool dalam perlawanan menentang Sunderland. Liverpool menang 2-0. | foto AFP
Gol pertama Liverpool hadir dalam keadaan penuh kontroversi apabila John Mensah menjatuhkan Jay Spearing, namun ulang tayang menunjukkan kekasaran itu dilakukan di luar kotak penalti namun pengadil tetap menghadiahkan penalti buat Liverpool.

Kuyt tenang memperdayakan penjaga gol Sunderland manakala Mensah dilayangkan kad kuning.

Luis Suarez kemudian menambah jumlah jaringan Liverpool apabila menjaringkan gol menerusi sudut sukar pada minit ke-77, sekaligus memadamkan memori luka tewas secara agregat kepada Braga tempoh hari dalam aksi Eropah.

Sunderland bertambah parah apabila Mensah diperintah keluar padang setelah melakukan kekasaran profesional ke atas Suarez pada minit-minit terakhir permainan.

Kemenangan Liverpool meletakkan mereka empat mata di belakang Tottenham, yang kini menduduki tangga kelima. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.