Header Ads

First lady tuntut cerai kerana mahu jadi presiden

WarkahDaily, 24 Mac – Wanita pertama Guatemala, Sandra Torres de Colom telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Presiden Alvaro Colom di sebuah mahkamah di Bandar Guatemala Isnin lepas.


'First lady' Guatemala, Sandra Torres tuntut cerai dengan suaminya (kanan) kerana jawatan presiden.
Tuntutan cerai itu dibuat bagi membolehkan beliau bertanding merebut jawatan presiden Guatemala kerana suaminya tidak dapat dicalonkan semula untuk jawatan tertinggi itu dan perlembagaan negara itu menghalang ahli keluarga presiden bertanding merebut jawatan presiden.

Menurut pegawai mahkamah, tuntutan penceraian Sandra itu telah menamatkan usia perkahwinan mereka selama lapan tahun.

Seorang peguam bicara, Edwin Escobar menyatakan proses perceraian Sandra Torres de Colom dan Presiden Alvaro Colom yang tidak dapat dicalonkan semula itu telah bermula Isnin lepas.

Menurutnya, jika kedua-dua pihak memberi kerjasama, proses perceraian itu boleh tamat dalam tempoh kira-kira sebulan.

Sebelum itu, pada 8 Mac, Sandra Torres telah mengumumkan akan menjadi calon presiden bagi parti pemerintah dalam pilihan raya bulan September.

Dalam pada itu, peguamcara kepada Sandra Torres tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan butiran berkaitan tuntutan perceraian pasangan berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.