Header Ads

Chelsea, Liverpool akan bertandang ke Malaysia Julai depan

WarkahDaily, 24 Mac – Skuad Harimau Malaya bakal diuji kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan Liverpool pada Julai depan dalam aksi persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2011 dan Malaysia menjadi destinasi bagi dua gergasi England berkenaan.


Chelsea dan Liverpool dijadulkan bertemu dengan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan pada Julai ini.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, pihaknya telah pun mendapat persetujuan daripada kedua kelab terkemuka itu namun tarikh belum diumumkan lagi dan bakal diberitahu kemudian.

Azzuddin turut mendedahkan kemungkinan besar satu lagi pasukan kelab terkemuka dari Liga England bakal bertandang ke Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namun ianya masih di peringkat perbincangan.

"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," kata Azzuddin di Kuala Lumpur kelmarin.


JUARA AFF SUZUKI CUP 2010: Skuad Harimau Malaya
Bagi perlawanan skuad kebangsaan dengan kelab Liverpool dan Chelsea, Azzuddin berkata, jadual perlawanan berkenaan mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Sejarah perlawanan sebelum ini, Chelsea pernah beraksi menentang skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan siri Jelajah Asia pada tahun 2008. Skuad negara tewas 0-2 kepada Chelsea.

Bagi kelab Liverpool pula, ini adalah pertama kali mereka bertandang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan. Sebelum itu, Liverpool pernah dijadulkan bertemu dengan skuad Selangor pada tahun 2008 namun ianya telah dibatalkan.
Dikuasakan oleh Blogger.