Untungnya rakyat Kedah: Kerajaan Kedah timbang beri tanah kepada penduduk miskin
LANGKAWI (Sinar Harian): Kerajaan negeri Kedah akan menimbang pemberian tanah kepada penduduk miskin yang telah lama menetap di tanah kerajaan untuk memberi keselesaan kepada mereka.WarkahDaily – Sekarang hangpa bukak mata luas-luas, tengok keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat yang miskin. Ketika BN memerintah Kedah dulu-dulu, usah mimpilah nak dapatkan tanah tu. Depa hanya duk agih-agihkan tanah sesama depa je. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.
Amatlah tepat pilihan rakyat Kedah memilih kerajaan PR untuk makmurkan negeri depa tu. Jadi apa lagi...usahalah untuk kekalkan kerajaan yang prihatin rakyat tu. Jangan pertaruhkan masa depan anda lagi untuk bersama dengan Umno-BN. Jangan gelapkan masa depan anda.
"Kita akan pertimbang permohonan kelompok yang lama kerana kerajaan simpati kepada penduduk miskin yang tiada tanah," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa kebakaran di Kampung Kelibang di Pejabat Daerah Langkawi hari ini.
Kerajaan negeri menyumbang RM1,000 kepada setiap mangsa kebakaran 9 September lepas, yang memusnahkan 18 rumah kedai.
Phahrolrazi berkata pejabat tanah akan memproses permohonan penduduk miskin secara kelompok.

Post a Comment