Header Ads

Pemilikan lebuhraya: Kerajaan elak bebanan kewangan tapi biarkan rakyat bertanggungjawab

WarkahDaily – Inilah bangsat punya kerajaan. Memang kerajaan Barisan Nasional tak mahu peduli kesusahan rakyat. Lantak pi la rakyat terbeban ke apa ke, asalkan kerajaan jangan terbeban pulak dengan pemilikan lebuhraya.

Woi...nak sokong lagi ke kerajaan yang memang berniat hanya nak menyusahkan rakyat je sepanjang memerintah.

Mantan PM, Tun Dr Mahathir berkata, gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan.

Bangsat btol!...Buat apa jadi kerajaan kalau tak mahu pikul beban rakyat. Kerajaan memang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan berusaha meringankan beban rakyat.

Kalau dengan usaha pemilikan lebuhraya itu boleh menyebabkan beban rakyat dapat diringankan, apa salahnya. Duit kerajaan tu bukan duit poket pemimpin tapi hak rakyat.

Dengan rakyat sendiri pun nak fikir kos? Nak fikir keuntungan? Mana tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat? Kalau rakyat tidak pilih, sampai mampus hangpa tak duduk kerusi empuk tu.


Malaysiakini - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.

Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.

"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.

Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.

"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” tegas Mahathir. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.