Header Ads

Selangor peruntukkan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal, negeri Umno bila lagi?

WarkahDaily - Tahniah buat kerajaan Selangor kerana mengambil inisiatif yang positif demi menjaga halal/ haram wang rakyatnya yang terlibat dengan hasil pekerjaan di premis menjual barangan tidak halal.

Amat beruntung bagi rakyat yang beragama Islam di negeri Selangor mempunyai kerajaan yang prihatin demikian.

Bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Umno-BN pula bagaimana? Tak mahu ikut Selangor sekali ke? Jangan malu, jangan segan sebab mencari yang halal itu adalah fardhu. Bila lagi nak halang orang Islam di negeri hangpa yang terlibat dengan premis jual benda haram tu? Apakah hangpa nak biarkan aje rakyat hangpa bergelumang dengan hasil duit haram?

Bernama - Kerajaan Selangor semalam mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal di negeri ini bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain dan mendapatkan rezeki lebih berkat.

Kenyataan Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib orang Islam yang bekerja di premis seperti kilang arak dan kelab malam serta sektor pekerjaan yang melibatkan arak.

Justeru itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan peluang latihan usahawan dan modal berkenaan bagi membantu pekerja beragama Islam terbabit memulakan perniagaan sebagai mata pencarian baru.

Antara sektor perniagaan yang ditawarkan adalah kecantikan, jahitan, masakan dan membaiki telefon bimbit.

Mereka yang berminat boleh berurusan di Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115/7965.

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan surat peringatan dan garis panduan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak sebagai langkah membendung mereka dari terbabit dalam bidang pekerjaan tidak halal.
Dikuasakan oleh Blogger.