Perodua bakal lancar model baru tahun ini
RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan memperkenalkan sebuah model kereta penumpang kompak baru pada tahun ini dalam usaha mempelbagaikan lagi pilihan kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggannya.
Buat masa ini, syarikat mempunyai tiga model kereta kompak iaitu Myvi, Viva dan Alza.
Enggan mengulas lanjut mengenai tarikh pelancaran model terbaru itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lazimnya syarikat itu akan memperkenalkan model baru setiap dua tahun dalam pasaran tempatan.
Pada 23 November 2009, Perodua memperkenalkan model terbarunya iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dinamakan Alza.
Menurutnya, dalam menghadapi perkembangan industri automotif yang semakin menggalakkan, syarikat perlu mengeluarkan satu model baru itu untuk terus berdaya saing di samping meningkatkan volum jualan. -Kosmo!
Buat masa ini, syarikat mempunyai tiga model kereta kompak iaitu Myvi, Viva dan Alza.Enggan mengulas lanjut mengenai tarikh pelancaran model terbaru itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lazimnya syarikat itu akan memperkenalkan model baru setiap dua tahun dalam pasaran tempatan.

Post a Comment