Man Utd kukuh kedudukan puncak liga, Aston Villa terus momentum kemenangan
LONDON: Manchester United kini berjaya mengukuhkan penguasaannya dalam liga dengan menambah tiga mata setelah menumpaskan Blackpool 3-2 pada perlawanan awal pagi tadi.(Pemain terbaik Bulgaria 2010, Berbatov menjadi wira selepas menjaringkan dua gol bantu Man Utd benam Blackpool 3-2. –foto AP)
Skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu nyata gah lebih-lebih lagi tidak pernah tunduk sepanjang 27 perlawanan liga, malah selepas tewas 1-2 kepada Chelsea pada April lalu, prestasi mereka pulih sepenuhnya.
Berbalik kepada pertemuan di Bloomfield Road, keadaan Manchester dilihat sangat berbahaya apabila memberi peluang kepada Blackpool untuk mendahului permainan (United ketinggalan 0-2). Gol tersebut dijaring menerusi pemain Cathcart pada minit ke-15 dan kemudiannya Campbell pula meletakkan Blackpool disudut selesa beberapa minit sebelum wisel penamat.
Namun, di separuh masa kedua kekuatan United terserlah apabila membalas dengan tiga gol dalam tempoh tidak sampai 20 minit, sekaligus memenangi perlawanan itu.
Penyerang yang dinobatkan sebagai pemain terbaik Bulgaria tahun lalu, Berbatov menjadi wira apabila menjaringkan dua gol iaitu pada minit ke 72 dan pada minit-minit akhir perlawanan (M88). Satu lagi gol disempurnakan oleh Hernandez pada minit ke-74.(Gabriel Agbonlahor cuba dihalang pertahanan Wigan namun berjaya jaringkan gol pertama Aston Villa di Stadium DW. –foto Ed Sykes /Action Images)
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Liga Perdana yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan Aston Villa menumpaskan pasukan ketiga terbawah iaitu Wigan 2-1 di Stadium DW, Wigan.
Gol pembukaan dijaringkan oleh Gabriel Agbonlahor pada minit ke-49 sebelum Ashley Young menambahkan jaringan (M62) menerusi sepakan penalti. Di separuh masa kedua, Wigan hanya dihadiahkan satu gol menerusi McCarthy (M80). –D5 Sports
Post a Comment