Penganjur: Piala Dunia 2018 dan 2022 milik Russia dan Qatar
ZURICH: Russia dan Qatar buat pertama kalinya di dalam sejarah telah terpilih selaku tuan rumah bagi menganjurkan kejohanan berprestij Piala Dunia pada 2018 dan 2022, demikian pengumuman yang dibuat oleh presiden badan bola sepak dunia FIFA, Sepp Blatter.
(Amir negara Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (Kiri), Presiden FIFA Joseph Blatter (Tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia Igor Shuvalov sejurus selepas pengumuman selaku tuan rumah bagi menganjurkan Piala Dunia 2018 dan 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat FIFA Zurich pada 2 Disember 2010. foto AFP)
Russia terpilih untuk menjadi tuan rumah pada 2018 selepas menewaskan dua tiga lagi calon dari Eropah iaitu England dan penganjur bersama Belanda/Belgium dan Sepanyol/Portugal.
Manakala Qatar pula mendapat hak penganjuran pada 2022 selepas mengenepikan calon lain yang terdiri daripada Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Dua wakil negara terpilih iaitu Amir negara Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani dan Timbalan Perdana Menteri Russia Igor Shuvalov nyata gembira dan menerima keputusan tersebut dengan berbesar hati.
Keputusan ini juga dilihat akan membawa era baru kepada bola sepak dunia apabila pertama kali ia akan dianjurkan di negara benua Arab dan Timur Tengah dan pengundian kali ini juga pertama kali diadakan serentak.
Pelbagai kontroversi dan isu rasuah melanda sebelum proses pengundiaan berlangsung yang dikendalikan oleh badan induk bola sepak dunia FIFA pada sesi kali ini. -D5 Sports
(Amir negara Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (Kiri), Presiden FIFA Joseph Blatter (Tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Russia Igor Shuvalov sejurus selepas pengumuman selaku tuan rumah bagi menganjurkan Piala Dunia 2018 dan 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat FIFA Zurich pada 2 Disember 2010. foto AFP)Russia terpilih untuk menjadi tuan rumah pada 2018 selepas menewaskan dua tiga lagi calon dari Eropah iaitu England dan penganjur bersama Belanda/Belgium dan Sepanyol/Portugal.

Post a Comment