Header Ads

Sukan Asia: Pasukan hoki negara seri dengan Korea Selatan

Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan 2-2 dalam aksi kedua hoki lelaki Sukan Asia.

(Penjaga gol Malaysia, S. Kumar (tengah) merebahkan badannya bagi menghalang percubaan Pemain Korea Selatan, Yeo Woon-Kon (kanan) dan Lee Nam-Rong (kanan) semasa perlawanan Kumpulan A Sukan Asia pada 18 November 2010. foto AFP)

Korea Selatan terlebih dahulu memimpin perlawanan menerusi Hyun Hye-Sung seawal minit ke-9.

Situasi itu mencetuskan corak permainan agresif pemain negara untuk memburu gol penyamaan dan usaha berhasil menerusi Azlan Misron (m24).

Malaysia memulakan babak kedua dengan semangat berkobar-kobar sehingga Hafifihafiz Hanafi menjadikan kedudukan 2-1.

Namun kealpaan di bahagian pertahanan lima minit sebelum tamat perlawanan dihukum Seo Jong-Ho untuk Malaysia terpaksa berpuas hati sekadar berkongsi mata.

Sebaliknya, ketangkasan penjaga gol negara, Subramaniam Kumar berjaya memastikan kubu negara kental bertahan tatkala berdepan dengan serangan bertali-arus lawan. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.