Header Ads

Sukan Asia: Adrian dan Alex akhiri kemarau emas sejak 32 tahun dalam acara bowling

Adrian Ang dan Alex Liew memberi khabar gembira buat kontinjen negara apabila memastikan pingat emas ketiga buat negara pada hari kelima Sukan Asia ke-16.

Kejayaan yang dirakamkan di Pusat Bowling Tianhe itu pasangan Malaysia itu mengumpulan 2, 711 jatuhan pin dengan kelebihan 20 berbanding pencabar terdekat, Shogu Wada-Tomokatsu Yamashita dari Jepun sementara Jason Yeung Nathan-Remy Ong dari Singapura.

Wakil dari Jepun dan Singapura itu bagaimanapun terpaksa berkongsi pingat perak kerana melakukan catatan yang sama 2, 691.

Kejayaan Adrian dan Alex itu mengakhiri kemarau sejak 32 tahun negara dalam acara beregu lelaki.

Dua lagi pasangan, Zulmazran Zulkifli-Aaron Kong dan Muhammad Nur Aiman Khairuddin-Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek gagal mengikuti jejak langkah Adrian dan Alex.

Zulmazran-Aaron berada di kedudukan 23 dengan 2,467 jatuhan pin manakala Aiman-Syafiq di kedudukan 31 dengan 2,420 jatuhan pin. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.