Header Ads

Bonus kedekut nak mampus tapi ubahsuai kediaman PM RM65 juta

WarkahDaily – Kakitangan kerajaan diperbodoh lagi oleh ‘bosnya’ sendiri iaitu kerajaan apabila berkira-kira bila Ceupacs minta agar kakitangan kerajaan diberi bonus. Bila tiba masa bajet dibentang, bonus kakitangan kerajaan takdak.

Kata Najib, kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan RM3.1 bilion jika bonus diberikan kepada kakitangannya. Konon minta simpati kakitangan sendiri agar memahami kantong kerajaan yang ‘kering’ dan tak mampu nak tanggung pemberian bonus kakitangannya.

Tapi yang bedebahnya, dalam diam-diam kakitangan kena tipu hidup-hidup oleh kerajaan Najib. Konon sebelum ini tak boleh bagi bonus sebab tak sanggup berbelanja besar untuk beri bonus tapi diam-diam pulak pi ubahsuai kediaman Perdana Menteri yang ntah apa-apa dengan perbelanjaan RM65 juta. Tak pasal-pasal pulak nak ubahsuai yang tak rosak dan tiada kepentingan.

Rumah rakyat yang rosak kat pendalaman tu takdak pulak nak dibaikinya. Padahal ianya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah mengambil cakna perihal rakyat yang tak berkemampuan di bawahnya.

Tapi yang pasti, rakyat yang bocor atap rumahnya, yang pecah dinding rumahnya, yang takdak letrik dan air di rumahnya hanya perlu menunggu adanya pilihanraya umum atau kecil. Tak percaya pi tanya pengundi Galas dan Batu Sapi. Itu yang paling terkini.

Bila ada je pilihanraya, tak payah suruh, depa akan turun ke kawasan pendalaman baiki rumah rakyat. Yang tak rosak pun dibaiki jugak. Paling melucukan, ada pemimpin yang tak pernah buat kerja mengecat rumah pun terpaksa berlakon dengan jurugambar akhbar arus perdana, konon prihatin terhadap rakyat untuk ditayang kat surat khabar.

Berbalik kepada perbelanjaan yang tak diperlukan, ubahsuai rumah PM yang tak rosak RM65 juta, pemimpin Umno-BN sebenarnya tanpa rasa bersalah menggunakan duit rakyat untuk hidup mewah. Depa rasa bila depa jadi kerajaan, duit yang ada dalama khazanah kerajaan boleh dibelanjakan sesuka hati depa, ingat depa punya duit tu.

Bila rakyat nak rasa sikit duit khazanah negara (minta bonus, naikkan Cola dan sebagainya) untuk menampung taraf hidup yang semakin meningkat disebab pelbagai harga barangan naik akibat harga petrol dinaikkan, maka pemimpin-pemimpin Umno-BN mulalah merayu kepada rakyat, konon negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam. Persetan!

Laporan Harakahdaily, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.
Dikuasakan oleh Blogger.