Van der Vaart sah milik Spurs dengan perpindahan RM38 juta dari Madrid
LONDON: Pemain kebangsaan Belanda, Van der Vaart menamatkan segala desas-desus sebelum ini selepas disahkan menjadi milik kelab Tottenham Hotspurs dengan yuran perpindahan bernilai 8 juta pound (RM 38 juta).(Van der Vaart ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan di Real Madrid. -foto AFP)
Spurs hampir gagal mendapatkan Van de Vaart apabila terlewat menyediakan kertas kerja dan mengurus perpindahan pemain, namun perbincangan di antara kedua-dua pihak berjalan dengan lancar.
Ketika bersama Real Madrid, Van der Vaart tampil sebanyak 58 perlawanan dan menjaringkan 11 gol. Dia turut pernah bermain Ajax dari tahun 2000-2005 dan menjaringkan 52 gol sepanjang 117 penampilan.
Pemain 27 tahun tersebut juga telah membantu Belanda mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Afrika Selatan dimana mereka muncul selaku naib juara. -AFP
Post a Comment